Rawatan Kulit di Klinik Suzana Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam kak yong teman suami buang kutil di muka dia. Kami pergi ke Klinik Suzana yang terletak di Taman Bukit Indah, JB. Dr. Siti Fatimah yang suggest jumpa Dr. Suzana ni.

Masa tiba di klinik tu, tak ada pesakit lain yang menunggu, keadaannya sama je dengan klinik biasa. Setelah beberapa minit menunggu, nama suami kak yong dipanggil untuk masuk berjumpa doktor. Kak yong pun ikut masuk sebab nak tengok macam mana proses buang kutil tu. Doktornya nampak muda dan cantik memang sesuailah dengan kerjayanya sebagai doktor kulit dan estetik. 

Untuk proses pembuangan kutil, suami kak yong boleh pilih nak ubat bius sapu atau cucuk. Kalau ubat bius sapu kena tunggu sekurang-kurangnya setengah jam, kalau cucuk tak payah tunggu. Jadi suami kak yong pun memilih untuk bius cucuk sahaja. 

Bilik rawatannya tidaklah besar tetapi selesa dan kemas. Kak yong pun dibenarkan masuk untuk tengok proses pembuangan kutil tu. Ni kak yong belanja satu gambar semasa proses pembuangan kutil.


Pertama kali masuk ke klinik rawatan kulit macam ni jakun pula kami. Hahahaha... Biasa tengok di TV je tapi kali ni kami rasainya. Kutil tu dibuang dengan menggunakan laser. Pertama kali kak yong tengok pemotongan menggunakan laser. Pastinya tak nampak apa, yang nampak hanya cahaya dan berbau hangit. Prosesnya tak sampai 15 minit pun. Selepas kutil tu dibuang, doktor menggunakan laser untuk tutup bekas luka tu. Dalam masa 2-3 minggu bekas tu akan tanggal sendiri.

Sakit? Masa buat tu suami kak yong cakap tak sakit cuma masa kutil tu nak tercabut baru dia rasa macam percikan api di muka dia. Tapi ok jer. Darah? Dalam 2-3 keping kain gauze tu je tapi taklah penuh pun... Harga? Taklah mahal pun dalam RM100 lebih jer..

Jadi, orang Johor kalau nak buat rawatan kulit ke, weight management ke, laser treatment ke, hair treatment ke bolehlah cuba ke klinik ni. Kalau nak buat appointment boleh call ke nombor klinik 07-235 8520. Klik di sini untuk mendapatkan lokasi klinik. Semoga maklumat ini membantu.


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bole bg no whtsapp tk.. Nk cll balik tp kdt dh hbis..

    ReplyDelete
  4. Sy yg cll td tp tk dpt nk cll balik.. Kdt low.. Sorry erk erm.. Kak bole bls melalui no sy at whtsapp..

    ReplyDelete
  5. Sy yg cll td tp tk dpt nk cll balik.. Kdt low.. Sorry erk erm.. Kak bole bls melalui no sy at whtsapp..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya ada masalah jerawat besar di muka..dah agak lama.jerawat pula selalu ada isi walaupon dah berkali2 buang.sehingga ada bau.ada cara penyelesaian tak.

    ReplyDelete
  8. Berapa harga buang tahi lalat di muka ?

    ReplyDelete
  9. bape harga lazer muka untuk jerawat...

    ReplyDelete

Post a Comment