Dr. Rohaini Columbia Asia, Nusajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ketiga mengandung dan tercari-cari tempat nak bersalin. Memanglah bersalin di mana-mana pun sakitnya sama, tapi orang yang akan menyambut kelahiran anak juga membantu untuk kurangkan kesakitan atau nak menambahkan kesakitan. Pengalaman melahirkan anak yang pertama di Jepun dan anak kedua di Malaysia terlalu jauh bezanya. Jadi, untuk anak yang ketiga ni, kak yong betul-betul buat survey.

Lepas buat survey, tanya kawan-kawan dan berbincang dengan suami, kak yong akhirnya memilih untuk bersalin di Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Sebab utama, ada doktor perempuan yang bernama Dr. Rohaini Md. Jonit dan sebab kedua, harganya masih reasonable. Untuk bersalin normal tanpa komplikasi dalam RM2800-RM3800. 

Tadi adalah kali pertama pertemuan kak yong dengan Dr. Rohaini. Berdebar juga, dok terfikir macam manalah doktor ni, friendly ke tidak, helpful ke tidak. Apabila nama dipanggil masuk je bilik doktor kami disambut dengan senyuman manis beliau. Lega dan sejuk hati kak yong.

Masa scan baby, doktor bercerita itu ini tentang keadaan baby dalam kandungan. Seronok! Jakun ke? Hehehe.. Bukan jakun tapi sebab masa anak kedua tu ada jumpa juga doktor pakar tapi dia scan baby, amik measurement tak bercerita dengan kita. Sampai husband kak yong tegur sikapnya yang tak friendly tu. Ini salah satu sebab masa awal-awal dok fikir itu ini. Takut buat pilihan yang salah lagi.

Lepas scan baby, doktor tanya ada apa-apa tak nak tanya dia. Soalan pertama kak yong tanya, "Doktor, kat sini support natural birth ke atau nak gunting je." Tersenyum doktor tu dengan kak yong. Alhamdulillah, jawapan dia melegakan hati kak yong. Dr. Rohaini dan team beliau support natural birth. Penjelasan dia, sama macam doktor masa rawat kak yong di Jepun, kelahiran pertama ada 80% untuk digunting berbanding hanya 5% pada kelahiran berikutnya. Team beliau juga support breastfeeding. Jadi, kak yong rasa insyaAllah pilihan kali ini tidak salah dan semoga dipermudahkan kelahiran ketiga ini.

Kak yong memang recommend pergi jumpa beliau. Beliau juga ada buat kelas untuk parents yang baru. Maklumat lanjut mungkin boleh tengok di website atau call saja. Kalau call pun staff memang sangat membantu.

Boleh hubungi kak yong seperti nombor di bawah untuk mendapatkan set mengandung dan set berpantang.


SUPERVISOR YANA | 019-7771227
ID: 972522


COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments