Alfalfa Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Januari 2014, Shaklee mengumumkan Alfalfa Complex sebagai produk yang dipilih untuk promosi. Alfalfa Complex terdapat dalam 2 saiz. Saiz kecil mengandungi 330 tablet untuk 33 hidangan manakala saiz besar mengandungi 700 tablet untuk 70 hidangan. Harga bulan ni memang super duper jimat terutama saiz besar. Ramai orang order saiz besar dengan kak yong bulan ni.

Kak yong nak kongsikan sedikit info mengenai Alfalfa Complex Shaklee ni. Kak yong pilih Alfalfa Shaklee sebab ianya diperbuat hanya daripada daun alfalfa yang dikeringkan secara semulajadi sehingga menjadi serbuk. Apabila daun yang kering ni menjadi serbuk, ia dikompres menjadi pil seperti di dalam gambar di bawah.


Tablet Alfalfa Complex

Nama lain Alfalfa ialah Medicago Sativa atau ia juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Khasiat Alfalfa memang banyak dan sudah digunakan beratus-ratus tahun dahulu. Mungkin ada pembaca blog kak yong ini ada terbaca mengenai kesan buruk pengambilan Alfalfa untuk jangka masa panjang. Pada pendapat kak yong jangan mudah panik, apa yang perlu kita lakukan ialah mencari maklumat dan nilai sendiri.

Mengikut apa yang kak yong baca, sekiranya Alfalfa yang diambil itu adalah daripada daunnya insyaAllah ia selamat walaupun untuk jangka masa panjang penggunaannya. Itu sebabnya kak yong pilih Shaklee sebab ianya dihasilkan daripada daunnya. Satu lagi sebab kak yong pilih Shaklee ialah Alfalfa Shaklee ditanam secara organik di California dan bebas daripada pestisid, herbasid serta penggunaan baja bebas bahan kimia. Pada pandangan kak yong, memang ada kemungkinan berlaku kemudaratan sekiranya kita menggunakan produk yang tidak organik secara berpanjangan. Sebagai contoh, ubat. Ubat apa pun kalau kita makan secara berpanjangan memang akan memberi kesan sampingan yang selalunya negatif sebab itulah ada pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati. Di sini kak yong tak bermaksud yang kita tak perlukan ubat. Kak yong bila sakit pun makan ubat. Anak sakit pun kak yong bagi ubat cuma kalau boleh tak nak makan ubat lama-lama itu sebabnya kak yong suka cari alternatif untuk sembuh cepat. Salah satu caranya dengan pengambilan makanan tambahan yang berunsurkan bahan semulajadi dan pilihan kak yong sekeluarga adalah Shaklee.

Walau bagaimanapun sekiranya langkah mencegah sudah pun dilakukan tetapi masih lagi diuji dengan penyakit yang kronik atau berpanjangan, bersyukur dan redhalah kerana Allah menyayangi kita. Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Di sini kak yong nak kongsi 1001 khasiat Alfalfa Complex Shaklee:

1) Melegakan sakit sendi, otot dan belakang
2) Menghilangkan kelesuan
3) Memberi kelegaan semasa haid (wanita)
4) Merawat arthritis
5) Merawat elergi dan eczema
6) Merawat asma
7) Mencuci usus untuk pembuangan toksin
8) Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
9) Meneutralkan asid dalam badan
10) Merawat masalah keputihan (wanita)
11) Membesar dan menegangkan payudara (wanita)
12) Bertindak seperti kacip fatimah (wanita)
13) Memulihkan urat selepas bersalin (wanita)
14) Merawat masalah pencernaan
15) Meningkatkan stamina suami
16) Merawat sembelit
17) Milk booster
18) Membuang angin dalam badan
19) Mengurangkan simptom menopaus
20) Mencegah edema- pengumpulan air dalam badan
21) Meningkatkan kesihatan prostat
22) Mengurangkan masalah gastrik
23) Membersihkan hati
24) Mengurangkan paras gula dalam darah-sesuai untuk pesakit diabetes
25) Mengawal kolestrol dalam darah

Di bawah ni kak yong tunjukkan gambar produknya. Alfalfa ni sesuai diambil oleh lelaki dan wanita. Maksimum pengambilan Alfalfa Complex Shaklee adalah 10 tablet. Banyak? Jangan cepat melatah... Bukan bilangan biji yang patut kita nilaikan tetapi kandungannya yang sepatutnya kita tahu. Untuk pengetahuan umum, 10 biji Alfalfa Complex Shaklee ini menyamai nutrisi segelas susu.

Setiap hidangan Alfalfa Complex Shaklee (10biji) menyediakan:

  • 15 kalori
  • 2g jumlah karbohidrat
  • 1g fiber
  • 300mg kalsium
  • 200mg fosforus
  • 10mg sodium

Alfalfa Complex



HANYA RM 53.75 (S) DAN RM97.50 (L)

YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Pesakit SLE tidak boleh menggunakan produk ini

Comments