OmegaGuard


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini kak yong nak sembang-sembang mengenai OmegaGuard. Apa itu OmegaGuard sebenarnya? OmegaGuard ialah asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 diperlukan oleh tubuh kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 ini dirujuk kepada sekumpulan rangkaian asid di antaranya ialah ALA (alpha-Linolenic acid), EPA (eicosapentaenoic) dan DHA (docosahexaenoic). ALA ditemui di dalam minyak tumbuhan seperti walnut, flaxseed dan minyak alga. EPA dan DHA pula ditemui di dalam minyak ikan, minyak telur dan minyak sotong. Rantaian pendek ALA akan diurai kepada rantaian panjang EPA dan DHA namun ia bergantung kepada enzim tubuh seseorang. Jadi, ia bergantung kepada tubuh seseorang. EPA diperlukan tubuh untuk kesihatan jantung, sistem imun dan sendi manakala DHA untuk perkembangan otak, mata dan central nervous.

Jadi mudah ceritanya OmegaGuard ini ialah minyak ikan. Pasti ada yang berkata sama jelah dengan minyak ikan yang beli di farmasi tu. Kalau disoal kenapa kak yong memilih OmegaGuard berbanding minyak ikan yang boleh dibeli di farmasi, jawapan kak yong adalah seperti di bawah:
  • Satu-satunya minyak ikan yang mengandungi ALA, EPA dan DHA serentak
  • Tidak dihasilkan daripada hati minyak ikan bagi mengelakkan kesan toksik
  • Lebih pekat dan selamat kerana melalui penyulingan 3 peringkat
  • Bergred farmaseutical teknologi
  • Tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, arsenik, kadmium, plumbum dan dioksin

Perbandingan OmegaGuard

Pengambilan asid lemak omega-3 yang mencukupi penting dalam keseimbangan pengeluaran hormon prostaglandins. Prostaglandins ini membantu dalam mengawal selia fungsi fisiologi termasuk tekanan darah, pembekuan darah, sistem penghantaran saraf, keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang, sistem perkumuhan dan penghasilan hormon yang lain. Ketidakseimbangan dalam penghasilan prostaglandins ini boleh menyebabkan penyakit. Kesimpulannya, fungsi asid lemak omega-3 dalam penghasilan prostaglandins sangat penting dalam menentang penyakit berkaitan jantung, kanser, fungsi kognitif dan sebagainya.

Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah yang memerlukan OmegaGuard kan? Dari anak seawal 1 tahun sehingga orang dewasa boleh makan OmegaGuard ni. Kak yong bagi anak sulung kak yong makan OmegaGuard sebab dia senang kena selsema dan baik untuk perkembangan otak dan visual dia. Kak yong pun makan sejak lepas bersalin sebab lepas bersalin rasa macam pelupa sikit lagipun anak yang kak yong susukan pun boleh dapat manfaatnya. Suami kak yong pun makan juga ialah baik untuk membakar lemak selain mengawal tekanan darah dan kolestrol. Di sini kak yong senaraikan orang yang sesuai untuk makan OmegaGuard dan kepentingannya.
  • Orang yang tinggi kolestrol - Meningkatkan penghasilan kolestrol baik, HDL (high-density lipoprotein) bagi menentang kolestrol jahat LDL (low-density lipoprotein).
  • Orang sakit jantung - menghalang pembentukan plak dan pembukan darah. Melancarkan saluran darah.
  • Orang yang tekanan darah tinggi 
  • Orang yang ada kencing manis - kebiasaannya orang kencing manis mempunyai tinggi triglycerides (lemak dalam darah) dan rendah HDL. Jadi pengambilannya asid lemak omega-3 boleh membantu menurunkan triglycerides dan meningkatkan HDL. Walaubagaimanapun bergantung kepada tahap kencing manisnya pesakit dan memerlukan nasihat daripada doktor.
  • Ibu hamil - penting dalam perkembangan otak bayi, mengurangkan risiko bayi pramatang, mengelakkan berlakunya kencing manis dan tekanan darah tinggi semasa hamil dan mengurangkan risiko mengidapi meroyan selepas bersalin
  • Ibu menyusu - penting dalam perkembangan audio dan visio bayi, mengurangkan risiko bayi mengahadapi alahan, menurunkan berat ibu yang menyusu tanpa mengganggu penyusuan
  • Kanak-kanak - perkembangan audio dan visio, meningkatkan sistem imun badan, sesuai untuk anak-anak yang sering demam, selsema, asma dan eczema
  • Orang yang ada masalah berat badan - membantu dalam pembakaran lemak di samping hormon leptin mengawal selera makan
  • Orang yang ada gout - berperanan dalam mengelakkan inflamasi pada sendi dan mengelakkan bengkak menjadi besar
  • Kanak-kanak autisme - meningkatkan daya fokus
  • Orang yang ada alahan, asma, eczema, selsema, batuk berkahak dan gatal-gatal - meningkatkan daya imunisasi, sifat asid lemak omega-3 yang panas dan anti-keradangan
  • Osteoporosis - membantu meningkatkan level kalsium dalam tubuh dan menguatkan tulang
OmegaGuard

HANYA RM136 SEBOTOL
FREE CONSULTATION

YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit..

Comments