Bermasker dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini kak yong nak sharing pasal bermasker dengan produk Shaklee. Kawan-kawan nak tau, produk Shaklee ni bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh dijadikan masker juga...Jimat memang jimat..

Antara produk yang kak yong guna untuk dijadikan masker ialah ESP, Alfalfa dan Vita-E Complex.

Mula-mula kawan-kawan larutkan 3-4 tablet Alfalfa bersama 1-2 sudu besar air seperti di dalam gambar di bawah.


Apabila Alfalfa telah larut, campurkan setengah sudu ESP ke dalam larutan tersebut dan kacau sehingga sebati. Kawan-kawan akan mendapat hasil seperti di dalam gambar di bawah.


Kalau kawan-kawan hanya ada Alfalfa dan ESP je, masker kawan-kawan dah siap. Bolehlah ditempek di muka dan biarkan sehingga kering, dalam masa 15-20 minit.

Kalau kawan-kawan ada Vita-E, kawan-kawan boleh pecahkan satu kapsul Vita-E ke dalam campuran tadi seperti di dalam gambar di bawah.


Dah siap masker ESP+Alfalfa+Vita-E. Bolehlah ditempek di muka dan biarkan sehingga kering, dalam masa 15-20 minit.

Masker ini sangat-sangat membantu untuk kecutkan jerawat. Lepas guna masker ni, kulit rasa lembut dan lembap...So, kalau tak ada jerawat saja-saja nak pakai pun boleh..Memang best! Kalau tak, tak adalah kawan kak yong tanya kalau nak pakai hari-hari boleh ke tak..Hehehee..Belum cuba belum tahu penangannya!

Selamat mencuba kawan-kawan.

Klik SINI untuk pembelian.


YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments