Gastrik semasa berpantang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang kita faham mengenai berpantang? Pada kak yong tempoh berpantang adalah satu tempoh untuk kita berehat dan 'bersantai' bersama anak yang baru kita lahirkan. Dalam tempoh berpantang kita dijaga dengan sebaik mungkin oleh suami, mak atau mak mertua dan ahli keluarga yang lain. Inilah yang kak yong definisikan daripada penelitian kak yong semasa arwah mak yong berpantangkan 2 orang adik kak yong.

Namun segalanya berubah disebabkan peredaran masa dan keadaan. Tempoh berpantang kebanyakan orang dah tak macam orang dulu-dulu disebabkan kebanyakan mak-mak kita bekerja. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga diri kita sendiri selain anak-anak dan rumahtangga. Kak yong tergolong dalam kumpulan ini. Kak yong dah tak ada mak, mak mertua kak yong pula bekerja tapi sekurang-kurangnya kak yong bernasib baik sebab mak mertua kak yong dapat jaga kak yong diawal tempoh berpantang. Alhamdulillah.

Bermula hari kelima, kak yong lalui tempoh berpantang dengan menjaga anak-anak kak yong sendiri. Suami kak yong pula keluar bekerja. Memang sangat menguji kesabaran. Ada masa dua-dua orang ni menangis serentak, ada masa berganti-ganti menangis. Si kakaknya kadang-kadang cuba tarik perhatian kak yong dengan melakukan perkara yang bukan-bukan. Kadang-kadang masa kak yong duduk nak makan tulah Ayumi nak itulah nak inilah. Itu tak kira masa adik dia menyusu masa tu jugalah dia nak susu. Sepanjang berpantang ni adalah 2-3 kali kak yong kena gastrik. Gastrik kak yong teruk, muntah dan pening perkara biasa. Bila kena gastrik kak yong biasanya akan terbaring je. 

Emosi yang tak terkawal, pemakanan yang tak seimbang dan masa makan yang tak betul mempengaruhi penghasilan susu badan. Kak yong perasan masalah penghasilan susu badan sebab kak yong dah ada pengalaman. Dulu masa di Jepun, kawan Indonesia kak yong ada bagi pil dari daun kaduk untuk meningkatkan penghasilan susu badan tapi di Malaysia ni kak yong tak tau nak cari pil apa dan di mana kak yong boleh dapatkannya. Bila kak yong tengok facebook, banyak sharing mengenai produk penyusuan Shaklee. Bila kak yong survey, wah boleh tahan juga harganya kak yong fikir. Tapi tak pe cuba juga proposed pada Mr. Husband kak yong. Alhamdulillah dia yang belikan untuk kak yong set penyusuan Shaklee. 

Bila dah guna memang rasa badan sangat BEST! Masalah sembelit semasa berpantang tak ada, masalah selsema tak ada, badan cergas, luka cepat baik dan yang paling penting dalam masa 2 minggu pertama penggunaan, kak yong boleh dapat lebih kurang 3oz bila pam berbanding sebelum tu nak dapat 1 oz pun sangat susah. Kalau nak tau, kak yong ni tak minum soya. Dulu masa kecik pernah arwah mak bagi minum kak yong muntah, sejak dari hari tu kak yong memang tak minum soya. Tapi ESP kak yong boleh minum OK. Awalnya memang susah juga tekak ni nak terima so kak yong campur dengan milo ke dengan susu everyday ke. OK jer...sedap gitewww!

YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments