Terjebaknya Aku Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kak yong sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka di selatan tanahair. Masa kursus, ada seorang professor cakap PhD ni juga disebut sebagai PERMANENT HEAD DAMAGE...hehehe..kadang-kadang kak yong rasa ada betulnya juga tapi bukan selamanya head damage, hanya selagi kita belum habiskan pengajian kita saja..

Sebagai pelajar PhD ni, kak yong rasa seperti kak yong sesat dalam sebuah gua. Sebuah gua yang gelap dan sedang mencari jalan keluar..Kadang-kadang kak yong rasa macam dah nak nampak cahaya untuk keluar dari gua tersebut tapi bila kak yong susuri jalan itu, hampa yang kak yong temui. Kalau kak yong biarkan hampa ini menghantui diri kak yong mungkin kak yong akan berhenti buat PhD..Tapi kak yong kuatkan semangat untuk mencari jalan keluar daripada gua yang gelap gelita ini...

Dalam menempuhi liku-liku PhD ini, kak yong juga ada tanggungjawab sebagai seorang isteri dan mama untuk anak-anak kak yong...Anak pertama kak yong, lahir tahun 2010 dan ketika itu kak yong baru sahaja habiskan master ni Shibaura Institute of Technology, Japan. Sebulan selepas melahirkan Ayumi kak yong dah pun pergi ke lab untuk meneruskan kerja-kerja PhD kak yong. Kak yong bertekad untuk menyusukan Ayumi Humaira' sepenuhnya..Jarak dari rumah ke universiti, 1 jam perjalanan, naik train dan jalan kaki. Hari pertama, kak yong tumpangkan Ayumi di rumah kawan yang berdekatan dengan universiti, kak yong panggil dia Kak Ina..Tuhan sahaja yang tahu macam mana Ayumi menangis..Dia memang tak nak orang lain, mungkin sebab sebelum tu segala-galanya kak yong uruskan sendiri..Tapi kak yong tabahkan hati, kentalkan diri pergi ke universiti walaupun hati sayu dengan tangisan Ayumi sebab kak yong juga mempunyai tanggungjawab sebagai pelajar PhD..

Januari 2011, ada seorang kawan, Ana namanya pindah masuk ke sebelah rumah kak yong..Ana sanggup untuk menjaga Ayumi, jadi kak yong tak perlu lagi bawa Ayumi keluar awal pagi dengan perjalanan 1 jam lebih dalam musim sejuk untuk ke sekolah...Seperti biasa Ayumi akan menangis apabila dia lapar sebab dia memang tak nak minum dengan botol..Dah habis cara kak yong usaha dan dia memang anak yang tak nak botol..Tapi kak yong kagum dengan Ana yang sabar dan pandai jaga Ayumi..Setiap hari pukul 5 petang kak yong akan berlari dari univerisiti ke stesen keretapi untuk balik ke rumah sebab tak nak Ayumi menangis lama-lama..Tapi kadang-kadang kak yong terlewat juga....Demi anak, kak yong tempuhi semua itu..Ada orang cakap stopkan saja susukan anak tu, tapi sesungguhnya kak yong seorang yang degil...

Selepas kejadian gempa bumi yang besar pada 11/03/11, kak yong mengambil keputusan untuk menyambung pengajian kak yong di Malaysia demi Ayumi..Biarlah apa pun orang cakap tapi kak yong tetap dengan keputusan kak yong selepas kak yong berbincang dengan supervisor kak yong..Orang boleh cakap apa yang diaorang nak cakap tapi yang laluinya kak yong sekeluarga...Balik ke Malaysia, kak yong mulakan pengajian dari awal..Kak yong tak ambil topik yang kak yong dah mulakan di Jepun sebab pada kak yong tak elok dari segi etika..Supervisor kak yong dari Jepun memang mendidik untuk menjadi orang yang beretika dan profesional..

Ntah kenapa, buat PhD di Malaysia ni kak yong rasa sangat stress compare masa kak yong di Jepun padahal kak yong lagi penat dengan berlari-lari dari rumah ke universiti dan dari universiti ke rumah..Di sana kak yong tak ada transport sendiri..Di Malaysia ni kalau nak parking memang cari paling dekat dengan pintu...Bila STRESS datang bertamu dan badan rasa LETIH, Ayumi selalu menjadi mangsa kena marah dengan kak yong..Suami kak yong, masa kerjanya tak menentu dan lagi dia memang ada part time job...So petang balik dari office selepas ambil Ayumi dari rumah pengasuh kak yong akan bergegas balik masak untuk makan malam..Ayumi pula selalu buat perangai mungkin mencari perhatian selepas seharian ditinggalkan di rumah pengasuh....Tapi honestly BILA PENAT DAN STRESS MENGUASAI DIRI, KITA TIDAK DAPAT BERFIKIR SECARA RASIONAL..Memang Ayumi menjadi mangsanya..Kesiannya Ayumi...Apabila Ayumi tidur, sayu je kak yong rasa..Kak yong akan cakap, maafkan mama sayang....Mama pun tak tahu kenapa mama macam ni..Ayumi tolong mama ye...

Hari demi hari tahun berganti tahun, September 2012, kak yong mengandung anak yang kedua..Kak yong tak tahu apa perasaan kak yong masa tu....Yang kak yong tahu kak yong bertambah STRESS dengan study kak yong..Balik petang kak yong terus tertidur dan Ayumi main sorang-sorang...Badan memang sangat letih..Pagi nak bangun lagilah bercinta sebab morning sickness sangat teruk compare masa Ayumi dulu..Bertambah stress kak yong...Lambat pergi office, masa kerja akan berkurang sebab pukul 5 lebih kak yong tetap kena balik rumah...Suami kak yong sampai marah tengok kak yong..Dia cakap kak yong ikutkan perasaan sangat..Yela, susah bangun pagi, mudah tertidur so macam mana dengan study kak yong....Tapi hanya Allah sahaja yang tahu apa dalam hati ni...Bukan sengaja kak yong jadi macam tu, kak yong pun tak nak macam tu sebab kak yong tahu kak yong banyak sangat kerja....Kak yong lalui hidup yang stress ni sehingga kak yong lahirkan anak yang kedua pada 15/05/2013..

Athirah Hana nama anak kedua kak yong...Selepas 4 hari berpantang di rumah mak mertua, kak yong balik ke rumah sendiri sebab mak mertua kak yong kerja..Kak yong jaga kedua-dua anak kak yong sendiri dalam pantang....Ayumi start buat perangai..Menangis, merengek dan macam-macam perangai pelik dia keluar...Bayangkan kita ni dengan sakit lagi, dengan anak kecil lagi nak masak untuk makan lagi..Memang stress....Tapi masa tu hanya zikir menjadi penenang sebab kita tak boleh solat dan berserah diri padaNyakan..Bila STRESS bertamu, SUSU BADAN tak akan meriah..Sebab STRESS menurunkan pengeluaran susu badan kita...Nurse yang datang visit suruh kak yong campurkan dengan susu formula sebab anak kena kuning. Nurse tu cakap, bila kita sakit, susu badan kita tak berkualiti...

Kak yong tetap berdegil tak nak campur susu formula..So kak yong mula browsing di internet mencari jamu untuk menambahkan susu badan sebab masa di Jepun dulu kawan dari Indonesia hadiahkan kak yong jamu untuk menambahkan susu badan dan memang membantu cuma kalau lambat makan kak yong mudah kena gastrik....Browse punya browse kak yong tertarik dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE walaupun pada awalnya was-was..Sebab masa belajar first degree dulu, kak yong akan melarikan diri daripada orang-orang SHAKLEE...Hahahaa....Tapi sebab keperluan dan tertarik dengan review penggunanya kak yong start buat homework mengenai produk Shaklee ni..Lepas yakin kak yong pun inform suami kak yong dan alhamdulillah dia setuju dan dia yang belikan set tersebut untuk kak yong...

Selepas seminggu guna, kak yong rasa dan nampak perubahannya...Badan yang lesu menjadi segar, gastrik tidak lagi bertamu dan bila pam susu dapatlah 3oz berbanding sebelum tu nak dapat 1 oz pun susah...Sebelum tu, dalam pantang kak yong kena gastrik ok..Muntah pening memang terbaringlah lepas tu, yelah lambat masak, lambat makan sedangkan kita yang menyusukan anak ni kena cukup makan dan makan pada masanya...SET PENYUSUAN SHAKLE betul-betul membantu kak yong..Badan cergas, membantu pemulihan luka dan susu badan semakin banyak..Miss B selalu rasa penuh..Orang yang datang melawat siap cakap muka berseri macam bukan dalam pantang :-) Kak yong betul-betul JATUH CINTA dengan produk SHAKLEE..

Suatu pagi semasa bersahur kak yong tanya suami kak yong, "Boleh tak nak jadi ahli Shaklee sebab nak terus guna produk ni...Kalau jadi ahli boleh dapat point then tukar macam kat JJ"..Suami kak yong pun jawab, "Cuba tanya Adah"..Adah ni kawan sekolah suami kak yong dan dialah yang banyak membantu kak yong dalam perniagaan Shaklee ini sejak kak yong menjadi ahli pada 26/7/2013...Selepas menjadi ahli barulah kak yong tahu yang bonus Shaklee ditukar dengan duit..Alhamdulillah selepas 4 bulan kak yong berniaga Shaklee, closing November membuka lembaran untuk kak yong untuk mendapat 4 angka bonus...Alhamdulillah...

Terima kasih suamiku Khairul Aizat.
Terima kasih Adah.
Terima kasih semua.

Buat anak-anakku, Dik A, Kak Ngah, Cik Pah, Kak Ros dan Cik Ila, InsyaAllah kalian juga akan menyusuri langkahku...

YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia


Comments