Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wanita dan keputihan adalah sesuatu yang sangat sinonim. Mengikut pengalaman kak yong, keputihan memang sangat menggangu aktiviti seharian. Panty linear akan menjadi peneman ke mana sahaja dan pasti berganti sebelum solat. Dah bermacam jenis pencuci wanita yang digunakan tetapi tidak juga ada sebarang perubahan. Keputihan menjadi semakin teruk semasa mengandung. InsyaAllah di lain entry kak yong akan berkongsi mengenai keputihan semasa mengandung dan bahayanya. Jom baca selanjutnya entry kali ini untuk mengetahui samada keputihan itu normal atau tidak, bagaimana ia terjadi dan bagaimana kak yong atasi masalah keputihan.
Keputihan yang normal berfungsi untuk membersihkan, melembapkan faraj, membantu dan melawan jangkitan. Biasanya keputihan ini berbentuk lendir, berwarna putih, tidak berbau dan tidak gatal. Namun apabila keputihan ini menjadi lebih pekat, berbau, gatal atau bersifat seperti nanah, itu menandakan bahagian faraj dan sistem peranakan telah dijangkiti kuman. Faraj wanita sememangnya mempunyai bakteria yang dikawal oleh pelbagai faktor seperti tahap asid atau hormon. Gangguan keseimbangan ini akan memudahkan berlakunya jangkitan pada bahagian faraj. Antara faktor yang membolehkan berlakunya gangguan ini:
- Penggunaan antibiotik
- Pengambilan pil perancang
- Pesakit diabetes
- Kehamilan
- Tekanan
- Pakaian ketat
Antara jangkitan yang boleh menyebabkan keputihan:
- Yis atau Candida, sejenis kulat yang merupakan sebahagian daripada flora normal kulit manusia yang juga boleh menyebabkan jangkitan
- Gardnerella merupakan bakteria yang biasanya berada di dalam saluran kemaluan wanita boleh menjadi punca kepada bacterial vaginosis
- Trichomonas, sejenis protozoa
SIMPTOM JANGKITAN
- Trichomonas dan bacterial vaginosis: Keputihan yang berwarna kuning, hijau atau kelabu.
- Bacterial vaginosis: Juga mempunyai bau hanyir yang pelik.
- Yis: Gatal-gatal.
- Atrophic vaginitis: Kering, ketidakselesaan lapisan faraj yang membawa kepada kesakitan semasa bersama.
- Gonorrhea atau chlamydia: Keputihan baru yang disertai dengan demam dan sakit semasa bersama atau tiada langsung.
Inilah antara simptom yang kak yong dapat kongsikan hasil daripada bacaan kak yong. Namun nasihat kak yong, sekiranya keputihan itu terlalu teruk disertai bau dan ketidak selesaan yang sangat, pergilah berjumpa dengan doktor. Untuk wanita yang mengandung, keputihan memang mudah berlaku kerana ketidakseimbangan hormon. Jangan dibiarkan, dapatkan nasihat doktor agar tidak membahayakan kandungan.
DIAGNOSIS
Doktor akan membuat pemeriksaan pelvic. Doktor akan menggunakan speculum untuk melihat servik serta mengambil sampel lelehan untuk ujian. Rawatan akan diberikan mengikut keputusan ujian. Kebiasaanya sampel akan dihantar ke makmal dan kita perlu menunggu beberapa hari atau minggu sebelum mendapat keputusan.
MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KEPUTIHAN
Selain gaya hidup, pemakanan juga boleh menyebabkan berlakunya keputihan inilah yang menyebabkan orang tua dulu-dulu selalu senaraikan makanan yang tidak elok dimakan oleh wanita. Antaranya:
- Makanan yang manis seperti donut atau gula-gula getah
- Nenas
- Sengkuang
- Timun
- Buah yang dikeringkan
ALFALFA COMPLEX SHAKLEE MENGHILANGKAN KEPUTIHAN
Sejak kak yong amalkan pengambilan Alfalfa Complex sebagai milk booster, alhamdulillah masalah keputihan tidak lagi menjadi satu masalah buat kak yong. Untuk sesiapa yang ingin menyelesaikan masalah keputihan dengan Alfalfa Complex boleh hubungi kak yong untuk mendapatkan harga istimewa.
Alfalfa Complex
YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan
untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment