Assalamualaikum dan salam sejahtera,
GBS??? Apa benda tu???
Doktor telah mengesahkan yang kak yong dijangkiti GBS semasa mengandungkan Ayumi. GBS tu singkatan kepada Group B Streptococcus. Ye, kak yong memang ada masalah keputihan semasa mengandungkan Ayumi tapi kak yong tak tahu yang keputihan tu boleh membawa kepada kemudaratan. Kemudaratan itu bukan pada kak yong tetapi kepada Ayumi. Jadi, entry kali ini kak yong nak berkongsi pengalaman kak yong menghadapi GBS.
APA ITU GBS?
GBS itu merupakan sejenis bakteria yang biasa dijumpai di dalam faraj, rektum dan pundi kencing wanita. Namun begitu, wanita mengandung yang dijangkiti GBS harus diberi perhatian kerana bakteria ini boleh dipindahkan kepada bayi semasa proses kelahiran yang boleh menyebabkan masalah darah, otak, paru-paru dan saraf tunjang bayi tersebut. Walaupun peratusan GBS dipindahkan kepada bayi masih kecil iaitu sekitar 1-2%, namun ia mampu memberi kesan sehingga menyebabkan kematian.
PENGALAMAN ANAK PERTAMA
Kak yong mengandung dan melahirkan Ayumi di Jepun. Di Jepun kita akan buat check up di hospital mana kita nak bersalin dan kak yong pilih Sano Ladies Clinic (gambar) yang terletak di Urayasu. Di sini ada doktor yang boleh berbahasa Inggeris dan servis yang sangat baik.
Dalam minggu ke32 kandungan, semasa pergi untuk regular check up, doktor yang merawat kak yong bagitau yang kak yong ada GBS. Kak yong dan suami memang ternganga jelah sebab itulah kali pertama kami dengar. Namun doktor yang baik hati tu, memberi sedikit penerangan tentang GBS dan tenangkan kami supaya jangan risau sebab mereka ada cara rawatannya.
Di sini, kak yong tak diberi sebarang antibiotik sebab masih awal untuk bersalin dan GBS boleh menyerang kembali. Apa yang pihak klinik buat ialah memberi Ayumi suntikan antibiotik sebaik sahaja dia dilahirkan dan berterusan selama 3 hari. Alhamdulillah Ayumi sihat tidak terkena jangkitan GBS. Di Jepun, selepas bersalin, kita memang wajib berada di hospital selama 5 hari. Dalam 5 hari tu, banyak benda yang kak yong belajar, cara mandikan anak, cara susukan anak, nurse-nurse yang comel-comel tu pula monitor kuning anak, kencing berak anak...Pampers kat Jepun best tau sebab ada stripe di luar pampers yang akan berubah warnanya apabila baby kencing..So senang nak kira berapa kali dia berak berapa kali dia kencing sebab kak yong kena catat dalam kertas yang disediakan. Dalam kertas tu juga kak yong kena catatkan kekerapan kak yong susukan anak dan berapa lama setiap penyusuan. Semua tu nurse monitor. Dari situlah nurse tau baby kita ni ada masalah atau pun tidak.
PENGALAMAN ANAK KEDUA
Pengalaman yang sangat berbeza kak yong dapat semasa mengandung dan melahirkan Hana. Hana dilahirkan di HSA, JB. Regular check up kak yong buat di klinik UTM je senang sikit dekat dengan office. Semasa mengandungkan Hana, kak yong ada masalah keputihan juga. Sama je masa mengandungkan Ayumi. Mak mertua kak yong pun suruh bagitau doktor yang kak yong pernah kena GBS masa pregnancy pertama. Kata mak, kalau yang pertama pernah kena, kebarangkalian yang kedua untuk kena pun tinggi. Mak mertua kak yong ni sister dan memang ada sijil midwife so memanglah dia tempat rujukan kak yong.
Apabila cukup trimester ke3 kandungan, kak yong pun bagitaulah doktor yang kak yong pernah kena GBS sebelum ni dan nak buat check up untuk pregnancy kali ini. Feedback doktor, kak yong kena pergi buat test tu di klinik swasta sebab itu bukan regular check up di Malaysia. Oooo....patutlah bila kak yong cakap pasal GBS test tak semua orang tau.. So kak yong pun pergilah di sebuah klinik swasta dan request untuk GBS test. GBS test ni tidak menyakitkan, sangat simple. Kalau di Jepun, rawatan diberikan kepada bayi tapi kali ini kak yong yang diberi antibiotik dan diminta untuk datang lagi 2 minggu. Selepas 2 minggu kak yong datang semula ke klinik tersebut untuk dapatkan keputusan GBS test. Doktor yang merawat kak yong cakap, minta maaf antibiotik yang diberi sebelum ni salah. Ha??? Boleh pula doktor ni salah... So kak yong pun dapat antibiotik yang lain untuk kak yong makan. Alhamdulillah sepanjang makan antibiotik tu, memang tak ada keputihan tapi keputihan tu datang semula selepas beberapa minggu. So kak yong memang kena makan je la antibiotik yang kadang-kadang kak yong sendiri risau, selamat ke antibiotik ni pada baby kak yong? Kak yong betul-betul berserah je pada Allah minta selamat semuanya... Semasa Hana dilahirkan, Hana tidak disuntik dengan antibiotik dan kak yong sendiri tak tahu samada orang yang menyambut kelahiran Hana tahu atau pun tidak tentang test tersebut.. Kak yong hanya berserah pada Allah masa tu... Inilah yang kadang-kadang buatkan kak yong teringat kata-kata mak mertua kak yong, lebih baik tak tau daripada tau.. Kalau tau, macam-macam kita fikir..
RAWATAN KEPUTIHAN
Sejak kak yong consume SET PENYUSUAN SHAKLEE kak yong dah tak ada masalah keputihan. Bila diselidik barulah kak yong tahu yang ALFALFA COMPLEX dapat menangani masalah keputihan. Tetapi ORANG MENGANDUNG TIDAK BOLEH MAKAN ALFALFA COMPLEX. Jadi apa yang mereka boleh makan untuk tangani masalah keputihan ialah SR Vita C, Nutriferon dan Garlic. SR Vita C dan Nutriferon bertindak sebagai immune booster manakala Garlic sebagai antibiotik semulajadi, kan lebih selamat.
SUPERVISOR YANA | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
Comments
Post a Comment