Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berapa banyak air yang kita perlukan sehari? Ada orang cakap 8 gelas air, ada orang cakap 3 liter air. Tapi takkan budak pun nak kena bagi sampai 3 liter air sehari?

Oleh sebab itu, kak yong berpegang kepada sukatan yang melibatkan berat badan. Setiap 25kg berat perlukan 1 liter air jadi senangkan kita nak monitor air yang diperlukan oleh anak-anak, diri sendiri dan juga suami?

"Kalau macam tu, aku kena minum sampai 3 literlah... Macam mana nak buat macam tu?" Ini antara dialog yang biasa kak yong terima apabila kak yong nasihatkan tentang pengambilan air.

Tips daripada kak yong:

  • Setiap satu jam minum segelas air
  • Minum air sambil duduk
  • Selepas 3 teguk, berhenti dan tarik nafas kemudian sambung minum
  • Banyakkan minum pada siang hari
  • Lebihkan pengambilan air apabila ada melakukan aktiviti bersenam atau aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak
  • Orang yang sihat dan cukup air dalam badan, urinnya berwarna sedikit kuning dan jernih
Amalkan juga:
  • 2 gelas air setelah bangun tidur bagi membantu MENGGIATKAN ORGAN DALAMAN
  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan bagi membantu PENGHADAMAN
  • 1 gelas air sebelum mandi bagi membantu MENURUNKAN TEKANAN DARAH
  • 1 gelas air sebelum tidur bagi mengelak SERANGAN ANGIN AHMAR & JANTUNG
Selamat mencuba!


YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments