Dulu tak suka, tapi sekarang jatuh CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..... Seronoknya Shaklee jemput ke dinner! Dapat AWARD lagi!

Bermula dengan nak makan sendiri sekarang alhamdulillah dapat dijadikan 4 angka side income. Memang sangat-sangat membantu.

Walaupun ia hanya satu anugerah berbanding dengan kawan-kawan yang lain tetapi kak yong sangat gembira. Anugerah yang tidak ternilai yang kak yong sekeluarga rasai ialah PENINGKATAN dalam tahap kesihatan kami terutamanya kesihatan Ayumi dan kak yong. 

Kak yong juga sangat gembira sebab dapat membantu orang-orang yang mempercayai kak yong untuk mengubah KUALITI HIDUP mereka selain daripada membantu MENINGKATKAN tahap kesihatan mereka.. Terima kasih buat pelanggan-pelanggan kak yong, yang merangkap sebagai kawan-kawan kak yong.

Dalam menggapai kejayaan ini, kak yong juga lalui liku-liku yang tidak pernah kak yong fikirkan selama ini. Ejekan, kutukan adalah perkara biasa yang kak yong terima sebabnya Shaklee ini MLM. Tapi itu bukan pemusnah semangat kak yong! Ejekan dan kutukan itulah KAYU PEMBAKAR semangat kak yong! Terima kasih kawan!

Dulu kak yong juga tak selesa dengan orang-orang yang buat MLM ni, kalau boleh nak lari je daripada orang MLM ni..hehehe..tapi alhamdulillah Allah masih menjaga lidah dan perbuatan kak yong agar tidak mengejek, tidak mengutuk kawan-kawan yang terlibat dengan MLM pada masa itu. Walaupun kak yong kurang selesa dengan MLM, tapi itu tidak bermaksud kak yong menolak terus produk MLM. Bagi kak yong sesuatu perkara itu pasti ada baik buruknya. Begitu juga dengan MLM. Tidak semua MLM menipu dan tidak semua produk MLM itu tidak boleh pakai! Dan harini dengan produk MLM inilah kak yong lalui PENINGKATAN dalam KESIHATAN dan KUALITI HIDUP. Jadi, beringatlah dalam setiap tindakan kita. Mungkin harini lidah kita lantang mencaci seseorang, tapi janganlah kita lupa yang mungkin suatu hari nanti orang yang kita caci inilah yang datang menghulurkan bantuan. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil!

InsyaAllah akan kak yong lahirkan lagi LEADERS daripada YANAIZAT BUSINESS EMPIRE tahun ini. Nantikan! 

Kepada sesiapa yang mahu MENGUBAH kehidupan anda tetapi tidak tahu cara, hubungilah kak yong. Kak yong memberi bimbingan kepada anak-anak buah kak yong secara berkumpulan dan individu. Tak ada pun MLM (meeting larut malam). Kak yong buat semuanya secara online! Cuma kadang-kadang berkumpul sama-sama bagi mengeratkan silaturrahim. Modal hanya RM65 seumur hidup!

Bertindak dengan AKAL bukan dengan NAFSU!

I WAS BORN TO BE A LEADER!


SUPERVISOR YANA | 019-7771227
ID: 972522


COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments