Boikot dan marketing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini kak yong hanya nak luahkan apa yang kak yong rasakan tentang marketing dan isu boikot. Di kalangan kawan-kawan kak yong ramai yang menjadi agen untuk produk buatan Malaysia atau produk keluaran bumiputra atau produk keluaran Muslim. Dalam mempromosikan produk yang dijual oleh mereka, mereka mengambil kesempatan dengan isu boikot. Pada kak yong itu bukan satu masalah, yang menjadi masalahnya ialah cara marketing yang dilakukan. Kak yong bagi contoh cara pengiklanan yang biasa mereka buat.

"Mari kita boikot produk A sebab ia menyumbang kepada zionis..Jom kita beralih kepada produk B yang 100% buatan Malaysia/bumiputra/Muslim."

Apa yang kurang tepat dengan cara pengiklanan ini? Atau tak ada sebarang masalah dengan pengiklanan ini?

Pada pendapat kak yong, cara pengiklanan ini boleh menjatuhkan air muka orang atau membuatkan orang kurang senang dengan kita. Harus kita ingat, tak semua orang memboikot produk A dan mereka mempunyai alasan mereka sendiri. Mungkin juga di kalangan kawan-kawan si pengiklan itu bekerja dengan syarikat A, jadi tak banyak, sedikit pasti akan tersentuh hatinya. 

Ada yang bertanya pada kak yong, habis tu macam mana nak iklankan produk B dan nak kaitkan dengan boikot?

Jawapan kak yong: 

Lakukan secara tersirat, tanpa perlu adanya perkataan boikot. 

Pada kak yong bila kita nak market produk, kita market kekuatan produk. Contoh: apa kandungan produk B, bagaimana produk B bertindak, bagaimana dengan R&D produk B, ada tak jurnal atau research yang berkaitan dengan produk B. Persoalan-persoalan ini akan memberi kekuatan sebenar produk B.

Apabila orang yakin akan kekuatan produk B, orang akan membeli produk B dan sekaligus meninggalkan produk A. Bukankah dalam masa yang sama kita mengajak orang memboikot produk A (sebab dah tak beli produk A)?

Kalau cara iklan yang pertama tadi, ia hanya mencari pelanggan yang memboikot produk A supaya membeli produk B. Tapi kalau kita sharing kekuatan sebenar produk tanpa menyentuh isu boikot, orang yang memboikot atau orang yang tidak memboikot adalah prospek untuk produk B, kan makin meluas para pelanggan kita.

Kak yong kongsikan cerita Abdul Rahman bin Auf r.a..

Semasa berhijrah ke Madinah, beliau hanya ada 1000 dirham. Beliau nak kembangkan duit 1000 dirham ni. Beliau mencari perniagaan apa yang boleh beliau lakukan di Madinah dan beliau memilih untuk berniaga unta padahal dah ramai dah orang yahudi berniaga unta. Dengan 1000 dirham ini beliau membeli 9 ekor unta dengan harga 100 dirham seekor. 100 dirham lagi beliau guna untuk membeli tali yang berwarna-warni. Beliau menjual unta beliau dengan tali yang berwarna-warni yang menyebabkan orang lebih tertarik membeli unta dengan beliau berbanding dengan unta yang di jual yahudi oleh sebelum itu.

Daripada kisah ini, nampak tak bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w. melakukan marketing. Abdul Rahman bin Auf r.a tak buat iklan seperti, "Belilah unta dengan aku sebab aku sebab aku Muslim, jangan beli dengan mereka sebab mereka yahudi." Beliau melakukan sebaliknya dengan memperkenalkan kelainan dan kelebihan dalam penjualan unta beliau (kekuatan produk). 

Jadi, fikir-fikirkanlah pandangan kak yong ini. Andai anda tidak setuju buangkan saja idea kak yong yang tak seberapa ini. Andai anda bersetuju, selamat mencuba, selamat maju jaya dan kak yong doakan anda dimurahkan rezeki, insya-Allah.


YANAIZAT | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments