Ku sangkakan ketumbuhan tetapi ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini kak yong nak kongsikan pengalaman yang pastinya tak akan kak yong lupakan... 15/5/2013 tarikh kak yong melahirkan anak kedua kak yong yang diberi nama Athirah Hana Khairul Aizat. Dari tarikh itu, bermulalah second journey kak yong menyusukan anak sepenuhnya. Kak yong mula campurkan dengan susu formula dalam bulan 7, 2014 sebab kak yong akan tinggalkan dia untuk menghadiri satu conference di Bali selama 4 hari 3 malam.. Jadi, kak yong fully breastfeed Athirah Hana dalam setahun 1 bulan lebih kurang.. Untuk ibu yang menyusu badan, kitaran haid tidak betul atau haid tidak datang sepanjang penyusuan itu boleh dikatakan perkara normal.. 

Awal bulan 8, 2014 kak yong rasa perut macam buncit sikit, kak yong pun dengan semangatnya ikut seorang kawan sekerja pergi gym.. Buat sit up segala bagai.. Beli losyen mustajab, pakai girdle dan buat senaman. Rabu atau Khamis petang turun main volleyball dengan kawan-kawan sekerja atau main dengan students.. Belajar spike segala bagai.. Penghujung bulan 8, 2014 kak yong rasa perut makin buncit so kak yong terfikir, pregnant ke aku? Buat pregnancy test, NEGATIVE.. So, kak yong fikir ni mesti sebab period tak datang yang menyebabkan perut buncit.. Kak yong start makan GLA Complex untuk stabilkan hormon.. Kak yong pilih ambil GLA Complex berbanding pil hormon biasa sebab GLA Complex datang dengan pelbagai kebaikan selain menstabilkan hormon.. 

Hari berganti hari, perut makin hari makin besar.. Nak kata pregnant, result negative, morning sickness tak ada, cergas macam biasa.. Mulalah terfikir ada ketumbuhan ke? Inilah juga masalahnya kalau tahu macam-macam pasal kesihatan...hahaha....dah macam-macam perkara negative kak yong fikir... 3 November 2014, dalam pening menulis thesis tetiba rasa ada benda bergerak dalam perut!!! Ha, sudah! aku pregnant ke memang betul ada ketumbuhan??? Sebabnya kak yong pernah terbaca antara tanda ada cyst memang seperti orang pregnant, ada yg rasakan pergerakan dalam perut!! Kak yong terus keluar pergi farmasi dan beli prengnancy test kit.. Beli yang mahal terus masa tu..Terus balik dan buat test dan POSITIF!! Kak yong confused, kalau pregnant patutnya baru dalam 2 bulan sebab bulan 8 haritu NEGATIF tapi kenapa boleh ada pergerakan dalam perut dan perut macam orang preganant 4-5 bulan??? Takkan pregnant dan kembar dengan ketumbuhan kot!!!

Esoknya lepas hantar anak, kak yong terus pergi klinik ambil number dan masuk office ingat nak buat kerja dulu sebelum tunggu giliran tapi hati tak tenang apa pun tak boleh buat.. Husband pun tak tau kak yong pergi klinik... Kak yong mmg tak cakap apa pun lagi dengan dia sebab macam-macam dalam kepala otak ni... Tiba masa jumpa doktor, kak yong bercerita dengan doktor dari A-Z..Doktor suruh baring dan buat scan..

Doktor: It's a baby!

Kak yong: SPEECHLESS!

Doktor: Dah besar pun baby, ha! dah siap nampak gender dia lagi..

Kak yong: Ha?! Kalau macam tu mesti at least dah 5 bulan... Dah berapa bulan sebenarnya saya mengandung ni doktor?

Doktor: (Sambil ketawa) Kejap lagi saya buat measurement dan kita sama-sama tengok dah berapa bulan awak mengandung..Baby awak sangat aktif, saya terpaksa stop sekejap...Kejap lagi saya usik lagi..

Lama juga masa nak scan sebab baby terlalu aktif doktor susah nak buat measurement. Selepas selesai scan, terus berbual dengan doktor.

Kak yong: Saya tak tahu nak cakap apa doktor, terkejut, happy, sedih semua ada.. Yelah dua bulan lepas saya buat test tapi negative.. Saya dah habiskan sebotol pil stabilkan hormon, tapai, nenas semua saya makan tanpa was-was..

Doktor: Kadang-kadang ada kit yg defect..Macam saya di klinik ni pun ada pengalaman macam tu, jadi bila saya detect mana yang ada defect biasanya saya dah tak beli lagi dah brand tu. Macam kes awak ni, peranakan awak memang tak ada masalah, memang kuat, baby pun kuat dan sememangnya ini rezeki awak.. Baby awak pun berat dia bagus walaupun mama dia tak makan vitamin dan tak sedar sedang mengandungkan dia..

Kak yong: Doktor, saya memang amalkan vitamin Shaklee sejak berpantangkan anak kedua saya...Saya memang tak tinggal vitalea with iron formula, bcomplex dan vitamin C..Kalau yang lain tak sempat atau terlupa yg tiga ni mesti saya akan ambil..

Doktor: Oooo....baguslah..ini antara faktor awak sihat, peranakan kuat.. baguslah awak terus makan, sebab kita tak sedar masa bila baby melekat sedangkan masa awal-awal pembentukannya bahagian-bahagian kritikal dah mula membentuk..kalau awak baru nak makan masa baru tahu pregnant, sebahagian besar bahagian kritikalnya dah terbentuk...rugi sikitlah di situ (sambil tersenyum)..teruskan dengan vitamin awak, saya tak perlu lagi tambah apa-apa..

Keluar dari bilik doktor, terus ke kereta, kak yong telefon husband dan menangis!!!!! mana taknya rasa sedih dan bersalah sangat seperti sudah mengabaikan baby yang dah 5 bulan dalam rahim... tinggal 4 bulan lagi untuk kak yong belai dan manjakan dia di dalam perut sebelum dia keluar bulan 3 tahun depan insyaAllah..

Moral of the story:
Andai itu memang rezeki kita, walaubagaima caranya pasti ia akan menjadi milik kita, andai itu bukan tertulis untuk kita, walau ditatang sebaik mana pun ia tetap akan tumpah...

Untuk yang merancang nakkan anak, dapatkan nutrien yang baik untuk badan sebelum anda tahu anda mengandung...

Setiap anak itu datang dengan rezeki masing-masing tetapi rezeki tu tak datang bergolek, kita sebagai orang tuanya yang patut mencari rezeki tersebut...

Kita tidak pernah terlambat untuk memperbaiki sesuatu keadaan...

SUPERVISOR YANA | 019-7771227
ID: 972522


COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments