Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Harini kak yong nak berkongsi tentang 12 fakta yang perlu kita tahu tentang vitamin C:
1) Sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas
Setiap hari kita terdedah dengan asap kenderaan, pencemaran udara, sinaran UV, pemakanan yang tidak sihat serta stress. Semua faktor ini menyumbang kepada terjadinya radikal bebas. Seperti dalam gambar, radikal bebas adalah tidak stabil kerana mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Vitamin C yang bersifat antioksida, akan menderma elektron kepada radikal bebas bagi menstabilkannya. Ciri antioksida ini juga penting dalam melindungi DNA daripada kerosakan mutasi. Dapat menurunkan kadar terjadinya kanser.
Kekurangan Vitamin C, akan mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik.
2) Menguatkan sistem imun
Orang yang kekurangan Vitamin C akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
3) Membantu penyerapan zat besi dan mengaktifkan asid folik
Penting bagi ibu mengandung yang mempunyai masalah hB rendah.
4) Nama lainnya adalah asid askorbik
5) Vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif kepada oksigen
Apabila ia terdedah kepada cahaya, udara dan haba kualitinya akan terjejas. Jadi jangan beli Vitamin C yang dijual dalam botol yang lutsinar kerana ia telah terdedah kepada cahaya. Kalau potong buah terus makan sebab akan kekurangan Vitamin C apabila terdedah telalu lama.
6) Fungsi utamanya adalah mengekalkan kolagen
Kolagen adalah protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit, ligamen dan tulang. Jadi para atlit atau mereka yang aktif bersukan perlukan Vitamin C bagi memulihkan tisu yang terjejas semasa sukan secara semula jadi. Kadar kolagen berkurangan apabila umur meningkat.
Sel-sel di dalam arteri juga memerlukan kolagen untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung.
7) Menyembuhkan kulit yang luka atau melecur
Ia membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung luka tersebut.
8) Membantu mengurangkan kolestrol
Vitamin C menghalang kolestrol di dalam darah agar tidak mudah mengalami oksidasi. Kolestrol yang mengalami oksidasi adalah antara punca terjadinya penyakit jantung dan strok. Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan Vitamin C.
9) Penting untuk perokok dan pesakit kronik
Merokok menyebabkan kekurangan Vitamin C di dalam badan. Selain itu, pesakit kanser dan mereka yang menjalani rawatan dialisis juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi kekurangan Vitamin C. Jadi mereka-mereka ini perlu tingkatkan dos Vitamin C dalam diet seharian.
10) Mengurangkan simptom lelah
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Vitamin C yang terbaik untuk diri anda dan juga keluarga anda.
Klik SINI untuk terus membuat belian secara online.
Sekiranya tidak, anda boleh hubungi kak yong sendiri untuk mendapat khidmat nasihat tentang produk.
YANA | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
Comments
Post a Comment