Assalamualaikum dan salam sejahtera,
" Ala, kena marah lagi dengan nurse sebab gula dalam darah tinggi"
" Apsal ntah nurse ni sibuk-sibuk nak marah sebab berat aku naik banyak sangat masa pregnant ni... Biasalah kata makan untuk dua orang"
Antara dialog yang biasa kak yong dengar semasa menunggu giliran pregnancy check up di klinik kesihatan. Tersenyum kak yong mendengar perbualan mereka. Hm, yang pastinya mereka tidak tahu tentang bahaya yang sedang atau mungkin mereka hadapi. Nurse yang bertugas tu pun bukan saja-saja nak marah. Harini kak yong nak kongsikan tentang diabetes (kencing manis) dan diabetes gestasi.
DIABETES (KENCING MANIS)
Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel di dalam pankreas yang dipanggil beta-sel. Insulin penting dalam mengawal kuantiti glukosa (gula) di dalam darah dan kadar penyerapan glukosa ke dalam sel. Sel kita memerlukan glukosa untuk menghasilkan tenaga. Tambahan pula, 'makanan' otak adalah glukosa sahaja jadi kadar minimum glukosa perlu dititikberatkan untuk membolehkan otak berfungsi secara normal.
Selepas kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat atau protein, kadar gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Insulin ini ibarat pintu pada sel untuk membuka laluan agar glukosa dapat diserap ke dalam sel. Apabila glukosa ini diserap ke dalam sel, kadar gula dalam darah akan kembali normal dan insulin akan menjadi tidak aktif sehingga kita makan karbohidrat atau protein lagi.
Untuk pesakit diabetes, glukosa tidak dapat diserap ke dalam sel menyebabkan ia berada di dalam darah. Sekiranya dibiarkan, penyakit kronik lain boleh menyerang. Contoh seperti sakit jantung, sakit buah pinggang, edema, kegagalan sistem saraf dan jangkitan pada mulut, paru-paru, kaki dan pundi kencing.

DIABETES GESTASI
Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dihidapi oleh wanita yang sedang mengandung. Uri (plasenta) akan menghasilkan hormon untuk menyokong tumbesaran bayi. Hormon ini boleh mengganggu keberkesanan insulin dan menyebabkan diabetes gestasi. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang dengan sendirinya selepas melahirkan anak namun berisiko untuk menghidapi diabetes jenis ke-2 pada masa hadapan.
SIAPAKAH YANG BERISIKO???
Semua ibu hamil. Semakin meningkat umur semakin berisiko.
Ibu hamil yang pernah menghidapi diabetes gestasi.
Jarak kehamilan yang dekat.
Sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.
Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan.
Pernah melahirkan anak yang berat melebihi 3.5kg.
Pernah melahirkan anak kembar.
RISIKO SEMASA MENGANDUNG & MELAHIRKAN
Menyebabkan makrosomia iaitu janin yang besar. Ini disebabkan oleh gula yang berlebihan memasuki janin & 'mengarahkan' tumbesaran yang pesat.
Penyebab pre-eklampsia iaitu tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing tinggi. Sekiranya dibiarkan, ia boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan buah pinggang kepada si ibu. Sekiranya boleh menjejaskan organ si ibu, doktor akan memaksa bayi dilahirkan yang kemungkinan berlakunya kelahiran pra-matang. Juga berisiko bayi meninggal di dalam kandungan.
Cecair likuor di kantung janin meningkat di mana keadaan ini menyebabkan saiz kandungan lebih besar daripada kandungan sebenar. Kesannya, ibu hamil tersebut boleh mengalami kesukaran bernafas dan kelahiran pra-matang.
Jangkitan pada pundi kencing yang boleh merebak ke buah pinggang sekiranya dibiarkan.
Kelahiran pra-matang boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas kepada bayi.
Bayi menghidapi jaundis.
Kematian bayi dalam kandungan.
Keguguran.
Komplikasi yang berlaku akan menyebabkan pembedahan dan tidak dibenarkan untuk bersalin secara normal.
CARA RAWATAN
Kawal pemakanan. Mereka yang mengalami masalah ini akan selalu berjumpa dengan nurse atau doktor bagi membantu mereka mengawal tabiat pemakanan. Sesetengah tempat ada menyediakan bengkel atau kelab.
Suntikan insulin, tiada rawatan pil.
Suntikan insulin, tiada rawatan pil.
Senaman. Senaman yang digalakkan untuk ibu mengandung seperti berenang, berjalan kaki.
Mengamalkan makanan tambahan sebagai langkah pencegahan atau pengawalan gula dalam darah.
CADANGAN MAKANAN TAMBAHAN
Lengkap dengan kelapan-lapan elemen vitamin B di mana vitamin B lebih baik diambil bersama.
Mengandungi Biotin untuk meningkatkan kadar metabolisme glukosa.
Mengandungi B12 dan folik asid yang penting dalam pencegahan diabetes.
Mengandungi magnesium yang penting untuk sistem enzim dan keseimbangan pH. Juga penting dalam meningkatkan paras tenaga.
Mengandungi manganese yang penting dalam membetulkan proses pankreas. Ia juga merupakan cofactor dalam proses metabolisme glukosa. Orang yang menghidapi diabetes selalunya kekurangan manganese.
Mengandungi vitamin D yang membantu mengekalkan aliran darah yang baik. Pesakit diabetes selalunya mempunyai masalah kekurangan vitamin D.
Mengandungi kalsium untuk keseimbangan pH dan baik diambil bersama vitamin D.
Mengandungi chromium yang bekerjasama dengan insulin yang sekaligus dapat menurunkan atau mengekalkan paras gula dalam darah yang normal.
Mengandungi zinc di mana kekurangan zinc boleh menyebabkan diabetes.
Vitamin A yang merupakan anti-oksidan yang menghalang kerosakan mata kerana pesakit diabetes cenderung untuk mengalami masalah pada saraf mata.
Vitamin E merupakan anti-oksidan yang membantu meningkatkan pengaliran darah dalam badan.
Mengandungi copper yang membantu sistem metabolisme protein dan pelbagai sistem enzim.
Mengandungi pantothenic acid yang menurunkan kolesterol LDL dan membantu pencegahan kolesterol di dalam arteri.
Sumber protein daripada non-gmo soya.
Membantu memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Paras glisemik indeks yang rendah yang dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Indeks glisemik bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap indeks glisemik yang rendah melepaskan ke dalam sistem secara perlahan.
Mengandungi bioflavonoid.
Kekurangannya boleh menyebabkan diabetes.
Membantu memperlahankan atau mencegah komplikasi akibat diabetes.
Kekurangannya boleh menyebabkan diabetes.
Membantu memperlahankan atau mencegah komplikasi akibat diabetes.
**************************************************************
Klik SINI untuk terus membuat belian secara online.
SUPERVISOR YANA | 019-7771227
ID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
Comments
Post a Comment