Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada tak kawan-kawan anda yang pernah bercakap:
"I memang tak ada TV di rumah sebab tak nak bagi anak-anak tengok rancangan lagho, takut anak-anak rosak bila besar. You pun better jangan ada TV di rumah."
Mungkin ada yang ada kan sebab kak yong ada kawan macam ni. Masa dia cakap kak yong hanya senyum dan terima sahaja statement dia walaupun jauh di sudut hati kak yong kurang setuju. Setiap orang berhak mempunyai pendapat masing-masing kan. Kalau dia ajak berbicara tentang keburukan dan kebaikan TV di rumah boleh juga kak yong menyampuk mengutarakan pandangan kak yong pula, tapi sayangnya dia hanya bagi kak yong statement.
Kenapa ye kak yong kurang bersetuju?
Pada pandangan kak yong, mengelakkan bukan satu jalan penyelesaian yang tepat. Seharusnya kita mendidik anak kita tentang baik dan buruk. Kita mendidik anak kita untuk membuat pilihan.
Kak yong bagi contoh anak-anak kak yong yang tidak pernah jumpa jajan atau cekedis di rumah kami atau rumah atoknya. Sejak kecik kak yong dan suami tidak diajar dengan makanan-makanan ni jadi memang kami tak makan dan tak beli. Itu juga sebab rumah atoknya tak ada, sebab atoknya pun tak suka nak introduce junk food pada cucu-cucunya. Segalanya berubah bila Ayumi masuk sekolah dan apabila Ayumi dan Hana bermain dengan anak-anak jiran. Kedua-dua anak kak yong ni bukan main excited lagi bila nampak jajan ni. Terus minta daripada kawannya. Terus terang kak yong yang berada di situ rasa sangat tak selesa sebab anak-anak kak yong makan jajan!
Tapi itulah hakikatnya. Kita tidak boleh sembunyikan perkara yang tidak elok itu selama-lamanya kerana anak kita itu akan keluar ke dalam masyarakat. Dia tidak akan selama-lamanya berada di dalam rumah. Berbalik kisah junk food tadi, masuk saja rumah kak yong slow talk dengan Ayumi:
Kak yong: Kakak, kenapa kakak minta keropok daripada kawan kakak?
Ayumi: Ala, kakak mi nak sebab mama dengan ayah tak pernah beli.
Kak yong: Oooo...kakak mi tau tak kenapa mama dan ayah tak pernah beli.
Ayumi: Ntah..
Kak yong: Keropok, gula-gula semuanya tak elok makan sebab nanti boleh buatkan kakak sakit, gigi rongak, mata tak cantik. Kalau kakak mi makan nanti kakak mi jadi tak cantik. Kakak mi nak?
Ayumi: Ooooo...kakak mi nak cantik.
Kak yong: Kalau nak cantik janganlah makan..
Ayumi: Ala, kakak mi makan sikit je tadi bolehlah mama...
Kak yong: OK...sikit je tapi kalau tak makan lagi bagus...
Petang tu perbualan kami terhenti di situ saja. Perkara yang sama berulang, jumpa kawan dia makan lagi junk food. Tapi kak yong tau untuk mendidik kita perlukan masa bukan harini kita bagi nasihat esok dia dah tak buat, nak-nak anak yang masih kecil lagi... Teruskan memberi nasihat, dalam masa yang sama cerita keburukan junk food. InsyaAllah satu hari nanti dia sendiri akan elakkan makan junk food tu...
Sama juga dengan kisah TV tadi, kalau kita tak mendidik dia, mana yang tak elok dan mana yang elok macam mana dia nak buat keputusan atau pilihan... Bila dia tak pernah nampak atau tahu tentang sesuatu perkara excitednya akan jadi lebih.. Jadi dia lebih cenderung untuk mencuba. Kalau perkara baik tak apa tapi kalau sebaliknya? Itu yang kita nak elakkan...
Ayumi kalau tengok drama bersama-sama dengan kak yong atau ada orang dewasa yang akan teman. Dari cerita tu, kita akan bersembang mana yang baik dan mana yang tak baik. Kadang-kadang minta pendapatnya dan kadang-kadang suruh dia bayangkan...
Jadi inilah sebabnya kak yong kurang setuju kalau terus elakkan TV daripada anak-anak kak yong.
SUPERVISOR YANA | 019-7771227
ID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia
Comments
Post a Comment