Petua Cerai Susu Badan @ Weaning Off

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak yong ada dua kali pengalaman untuk ceraikan susu badan. Pengalaman pertamalah yang paling sukar kak yong rasa. Macam-macam kak yong buat tapi anak kak yong tetap nak 'candu' dia juga. Itulah Ayumi Humaira'. Petua terakhir yang kak yong cuba, kak yong pergi minta air daripada sorang pak cik ni di Batu Pahat, Johor. Masa tu Ayumi dah nak dekat 2 tahun.

Yang lawaknya, masa pak cik tu buka tutup botol nak jampikan air dalam botol mineral yang kak yong bawa, Ayumi buka tutup botol air Barbie dia juga. Pak cik tu jampi botol air mineral, dia jampi botol air dia. Hahahahahaha... Pak cik tu cakap, dia buatkan Ayumi rasa tak sedap kalo minum susu badan.

Balik ke rumah kak yong pun bagilah Ayumi minum air tu. Dah habis sebotol air mineral tu tapi dia tetap nak 'candu' dia macam biasa. Mak mertua kak yong cakap, agaknya tak menjadi sebab Ayumi pun sama-sama jampi haritu. Hahahahaa.....

Hari berganti hari, Ayumi pun dah masuk 2 tahun dan masih menyusu badan. Kak yong dah tak tau nak buat cara apa lagi dah. Satu hari, selepas subuh, kak yong duduk di tikar sejadah dan tiba-tiba kak yong rasa bersalah sangat. Bersalah sebab kak yong terlalu berharap kepada petua-petua lain tapi kak yong lupa yang DOA adalah ubat paling mujarab dalam semua masalah. Cepat-cepat kak yong beristighfar. Mulai daripada hari itu, kak yong akan berdoa agar Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kak yong. Kak yong akan berdoa setiap kali lepas solat dan setiap kali Ayumi mencari 'candu' dia.
Doa kak yong ringkas je:

 "Ya Allah, andai ini masanya untuk aku ceraikan susu badan, Kau tunjukkanlah jalannya. Sesungguhnya Engkaulah tempat aku memohon dan meminta. Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa"

Tak lama lepas tu, Alhamdulillah Ayumi sendiri tak minta atau cari 'candu' dia lagi. Memang perkara tu jadi secara kak yong tak sedar. Tetiba je perasan eh, Ayumi tak carilah harini, esok dan seterusnya yang akhirnya dia memang berhenti menyusu badan dengan sendirinya.

Daripada kisah kak yong dengan Ayumi ni, kak yong muhasabah diri kak yong sendiri. Kak yong sedar, yang tertulis di dalam Al-Quran adalah; penyusuan yang lengkap sehingga anak berusia dua tahun. Kalau kita nak pisahkan sebelum tu, persetujuan kedua-dua belah pihak perlu ada. Tapi macam mana kita nak tau anak tu setuju ke tidak? Hanya Allah yang tahu, jadi biarlah Allah sahaja yang tunjukkan jalanNya. Kak yong menganggap yang usaha kak yong sebelum ini tidak berjaya sebab Ayumi belum bersedia atau tidak bersetuju untuk putus susu badan, itulah sebabnya tak berjaya.

Pengalaman dengan anak kedua memang mudah. Kak yong ambil keputusan untuk cerai susu sebab kak yong mengandung lagi. Kak yong dapat tahu kak yong mengandung masa kandungan mencecah 5 bulan dan anak kedua kak yong berusia 1 tahun 6 bulan. Lambat kan kak yong tahu yang kak yong mengandung lagi? Klik sini kalau nak baca 'story of the year 2014' tentang pregnancy kak yong.

Minggu pertama kak yong tahu kak yong mengandung lagi, kak yong teruskan penyusuan macam biasa tapi kak yong stop pumping susu. Dengan tujuan untuk kurangkan rangsangan pengeluaran susu. Formula susu badan kan DEMAND vs SUPPLY. Dalam masa yang sama, kak yong amalkan doa seperti yang kak yong kongsikan di atas. Minggu kedua, awal pagi kak yong bagi Athirah Hana minum susu dalam botol. Jadi kak yong hanya susukan dia petang setelah balik kerja. Minggu ketiga, pagi dan petang Hana akan minum susu dalam botol, malam sebelum tidur je dia cari 'candu'. Dengan kaedah ini, kak yong perasan susu badan makin menyusut dan Hana nampak tak puas menyusu jadi lepas menyusu badan dia akan minta susu dalam botol juga. Alhamdulillah minggu berikutnya dia kurang cari 'candunya' dan seperti sebelum ini, secara tak sedar dia sendiri berhenti menyusu badan.

Sesungguhnya jalan daripadaNya ada yang terbaik. Sesungguhnya masa yang Dia bagi adalah yang terbaik. Jadi, nasihat kak yong selain dari petua traditional yang biasa kita dengar, jangan lupa minta dan mohon daripadaNya.

Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga. InsyaAllah.

Happy parenting!





YANA | 019-7771227
SID: 972522
COD: J.Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Pontian, Setia Indah, Bukit Indah, Singapura serta kawasan sekitar.
POS: Dalam Malaysia dan luar Malaysia

Comments